Fed Kekalkan Kadar Lebih Lama, Bank Di AS Berdepan Risiko Keruntuhan?

550

Baru-baru ini, Federal Reserve (Fed) dalam mesyuarat FOMC mengekalkan pendirian monetarinya untuk menetapkan kadar faedah tidak berubah. Kenyataan tersebut turut memberi tekanan buat ratusan bank-bank kecil di Amerika Syarikat (AS).

Christopher Wolfe, Pengarah Urusan Fitch Ratings melihat beberapa bank di ambang kegagalan dan ada yang terpaksa menurunkan modal minimum mereka.

Firma perunding, Klaros Group mengandaikan kira-kira 4,000 bank di AS dan mendapati 282 bank menghadapi masalah dalam pinjaman hartanah dan berdepan potensi kerugian akibat terikat dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Majoriti daripada bank tersebut adalah pemberi pinjaman kecil dengan aset kurang daripada $10 billion.

Dalam kenyataannya lagi, kebanyakkan bank tersebut hampir muflis dan kemungkinan risiko untuk runtuh akan semakin besar. Namun, ia tidak bermakna komuniti dan pelanggan tidak terkesan dengan tekanan tersebut.

Firma itu juga berpendapat bahawa komuniti mungkin akan terjejas dengan cara yang halus kerana tindakan penutupan atau kegagalan bank-bank. Melainkan mereka memilih untuk melabur dalam industri inovasi teknologi kakitangan baharu.

Bagi sesetengah pengguna, kegagalan tersebut tidak akan memberi kesan secara tidak langsung yang besar terhadap mereka.

Secara umumnya, bank-bank kecil sering bergantung terhadap pembiayaan untuk melaksanakan operasi harian mereka. Apabila kadar faedah meningkat, kos untuk mendapatkan pembiayaan meningkat dan menjejaskan margin keuntungan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat