Fed Nak Bangunkan CBDC, Tapi Republikan Pula Cari Pasal!

412

“Hmm ada yang kata CBDC ni baik tapi ada juga tak, mana satu ni?”

Perdebatan di Capitol Hill tercetus apabila Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan meluluskan rang undang-undang bagi menghentikan rancangan Federal Reserve (Fed) yang ingin melaksanakan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) Amerika Syarikat (AS).

Undang-undang itu bertujuan untuk melindungi privasi warganegara dan mengharamkan Fed daripada melakukan sebarang tindakan pengawasan, ulas Ahli Kongres AS Tom Emmer.

Namun, Rep. Maxine Waters, Demokrat mengkritik langkah itu dengan mendakwa Republikan mengambil sikap anti-inovasi yang boleh menyebabkan AS ketinggalan di belakang dalam perlumbaan menetapkan piawaian global untuk CBDC.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi amaran bahawa warga AS boleh mengalami kerugian dalam kelajuan, keberkesanan kos termasuk kesederhanaan untuk sistem pembayaran pada masa hadapan jika pembangunan CBDC tidak dilakukan sekarang.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu mungkin akan berdepan beberapa halangan di Senat kerana Jawatankuasa Perbankan Senat yang diketuai oleh Senator Sherrod Brown tidak berkongsi pendirian sama seperti House Republicans mengenai aset digital.

Naib Pengerusi Penyeliaan Michael Barr memaklumkan bahawa Fed harus mendapat arahan daripada White House dan kelulusan perundangan daripada Kongres sekiranya mereka tetap ingin mewujudkan CBDC.

Jadi di sini dapat dilihat masa depan rang undang-undang tersebut masih tidak menentu ekoran Senat yang dipimpin oleh Demokrat dijangka tidak akan beri sambutan yang hangat sangat berkenaan perkara itu.

Untuk pengetahuan, setiap rang undang-undang di AS perlu menerima kelulusan daripada Dewan Rakyat (majoriti Republikan), sebelum diluluskan oleh Senat (majoriti Demokrat) yang kemudiannya akan ditandatangani oleh Presiden Joe Biden untuk dilaksanakan sebagai undang-undang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat