Fed Nak Naikkan Kadar Faedah, Emas Terpaksa Dilepaskan

1,075

Malang tidak berbau, usaha emas untuk mencapai paras harga $1,830 telah dipatahkan lonjakan hasil bon AS dan US dolar susulan laporan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan kadar faedah akan dinaikkan lebih awal dari jangkaan.

Ketika penulisan, logam berharga itu didagangkan susut pada $1,808 per auns, susut dari paras harga $1,829 sebelum minit mesyuarat dikeluarkan. Sementara niaga hadapan emas pula merosot pada sekitar harga $1,809 per auns.

Menurut minit mesyuarat dari pertemuan dasar Federal Reserve (Fed) pada Disember lalu, para penggubal dasar mengatakan bahawa syarat untuk menaikkan kadar faedah boleh dipenuhi tidak lama lagi jika pengukuhan pasaran buruh berterusan.

Susulan itu, niaga hadapan pada kadar dana persekutuan (kontrak kewangan yang mewakili pendapat pasaran) telah menetapkan harga sekitar 80% peluang kenaikan kadar pada bulan Mac.

Hasil bon AS 10 tahun juga melonjak ke paras tertinggi sejak April 2021, selain turut merangsang peningkatan US dolar.

Dalam pada itu, data ADP pula menunjukkan penciptaan pekerjaan sektor swasta melonjak sebanyak 807,000 pada bulan Disember, jauh lebih baik daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat