Fed Perlu Meneliti Perubahan Harga Sebelum Menaikkan Kadar Faedah Seterusnya – Charles Evan

61

Federal Reserve perlu menunggu sehingga peningkatan pendapatan dan harga dapat dilihat dengan jelas sebelum menaikkan kadar faedah sekali lagi, kata Presiden Fed cawangan Chicago, Charles Evans, memberi amaran bahawa pergerakan yang terlalu cepat adalah salah satu “kesilapan langkah” dalam polisi.

Charles Evan yang turut mengundi dalam penetapan dasar monetari berkata beliau bersama menyokong jangkaan ahli Fed bahawa kadar perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga 2.7% peratus dalam tempoh dua tahun daripada julat semasa 1-1.25 peratus.

Namun, beliau turut menjelaskan, inflasi yang masih bergerak sekitar 1.4% adalah terlalu rendah, dan mengutarakan kebimbangan bahawa jangkaan sasaran inflasi Fed sebanyak 2 peratus mungkin sukar di capai dengan keadaan inflasi ketika ini.

“Kita perlu melihat petanda yang lebih jelas pada pertumbuhan pendapatan dan tekanan harga sebelum mengambil langkah seterusnya”, jelas beliau di hadapan Kelab Ekonomi Grand Rapids.

“Pendekatan yang lebih berhati-hati dan beransur-ansur masih dilihat sebagai satu strategi yang sesuai”.

Komen beliau berbeza dengan nada yang disampaikan oleh Presiden Fed cawangan New York, William Dudley yang berkata kesan kelemahan inflasi semakin hilang.

Evan memberitahu bahawa beliau tidak begitu yakin dengan inflasi. “Inflasi perlu pulih ke paras 2 peratus dalam jangka masa sederhana terlebih dahulu”, tambah beliau mengesa supaya adakan satu dasar yang boleh menolak inflasi melebihi 2 peratus.

”Kita perlu elakkan daripada mengambil langkah dasar yang boleh menyebabkan kita dianggap tidak memberi perhatian terhadap pandangan inflasi. Pada pendapat saya (Evan), ini mungkin satu langkah dasar yang salah yang boleh menyebabkan kita semakin jauh daripada mencapai objektif inflasi”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat