Fed Powell – Ekonomi A.S Berkembang Dengan Pantas Namun..

773

Berdasarkan laman Financial Service, US House Commitee, Jerome Powell dan Janet Yellen akan membuat ucapan pada lewat malam ini. Walaubagaimanapun skrip ucapan telah dikeluarkan. Ketua Federal Reserve Jerome Powell dijangka akan memberitahu Kongres pada hari Selasa bahawa ekonomi sedang mengalimi pemulihan yang pantas walaupun belum menyeluruh.

Powell juga dijangka akan menyatakan bahawa ekonomi sekarang jauh bertambah baik yang didorong oleh tindakan pantas dan proaktif dari kongres dan bank pusat bagi mengelakkan kemorosotan yang melumpuhkan ekonomi.

Walaupun begitu, pemulihan didapati masih belum lengkap. Powell bakal muncul di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan pada hari Selasa, bersama dengan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen sebelum hadir di hadapan panel Senat.

Dalam kenyataan bertulis tersebut turut dinyatakan bahawa Yellen akan mengungkapkan hal yang senada. ‘Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, kita harus kekal berwaspada kerana hmpir 10 juta pekerjaan yang terjejas jika dibandingkan sebelum penularan pandemik.

Kongres dan Fed telah mengumumkan pakej rangsangan trillion dolar ke dalam ekonomi dalam setahun ini termasuk pakej bantuan $ 1.9 trillion pada bulan ini bagi menjana kembali ekonomi.

‘Dengan adanya rancangan penyelamatan maka saya yakin orang ramai dapat mengharungi impak pandemik ini’ – kata Yellen dalam kenyataan bertulis. Disisi lain, Powell juga dijangka akan menyatakan bahawa pemulihan ekonomi A.S berkembang dengan pantas dari yang diharapkan.

Pegawai Fed telah menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi tahun ini menjadi 6.5% iaitu pertumbuhan terpantas dalam tempoh 4 dekad.

Dalam masa yang sama, penggubal dasar the Fed kini menjangkakan kadar pengangguran akan turun kepada 4.5% pada akhir tahun 2021 berbanding anggaran sebelum ini 5%. Dalam testimoni bertulis, Powell menyatakan bahawa anggaran baru mencerminkan ekonomi yang kukuh namun the Fed masih mengawasinya kerana masih ramai yang tercicir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat