Fed Terus Garang, Emas Makin Kecut

4,205

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell telah membataskan pergerakan dagangan emas, menyebabkannya terus melemah di sekitar paras terendah satu minggu.

Powell yang berucap dalam mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia, memberi isyarat untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada bulan depan dan kenaikan akan dilaksanakan berturut-turut tahun ini.

Hal ini telah mendorong US dolar untuk kembali meningkat dari paras terendah satu minggu dan didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Penanda aras hasil bon AS 10 tahun juga meningkat semula untuk berada di paras 2.94%.

Dagangan emas pula merosot lebih rendah, membawanya ke sekitar paras harga $1,936 per auns pada sesi sebelum ini. Ia kemudiannya menokok sedikit untuk didagangkan pada $1,950 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Beberapa penggubal dasar Fed yang lain juga turut memberi isyarat yang sama untuk meningkatkan kadar lebih agresif pada tahun ini bagi membendung inflasi AS yang terus menunjukkan peningkatan di paras tertinggi 40 tahun.

Bahkan, Presiden Fed San Fransisco, Mary Daly yang dikenali dengan sikap dovishnya juga memberitahu mengenai kemungkinan untuk menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas dalam langkah pengetatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat