Fed William Masih Menjangka Satu Lagi Kenaikan Kadar The Fed Tahun Ini

45

Presiden Fed cawangan San Francisco John William berkata pada Selasa bahawa beliau masih menjangkakan satu lagi kenaikan kadar faedah oleh The Fed tahun ini dan bank pusat akan memulakan pengurangan penyata imbangan dalam beberapa bulan akan datang.

Bercakap dalam majlis di Sydney, beliau percaya kelemahan data inflasi US sejak akhir-akhir ini adalah sementara dan inflasi akan naik ke sekitar 2% tahun hadapan.

William menjelaskan jika inflasi tidak bergerak seperti yang dijangka, ia akan menyebabkan kenaikan kadar faedah bergerak lebih perlahan daripada projection yang telah dibuat.

Beliau juga menyatakan pendirian bahawa kenaikan kadar faedah dan pengurangan penyata imbangan adalah pelengkap dalam pengetatan monetari di mana kedua-dua perkara ini diambil kira dalam projection beliau terhadap polisi. Walaupun beliau tidak mengundi dalam mesyuarat FOMC tahun ini, namun beliau terlibat memberikan pendapat dalam mesyuarat yang diadakan.

Dengan pasaran pekerjaan US semakin ketat dan bukti data pekerjaan NFP yang dikeluarkan Jumaat lalu, ini mendorong kenaikan inflasi beberapa bulan akan datang terutamanya petunjuk inflasi pilihan The Fed.

Pasaran akan terus memberi perhatian kepada keterangan Yellen di hadapan Kongres pada Rabu dan Khamis. Tidak lupa juga data-data inflasi US akan menjadi fokus pada Jumaat bagi melihat trend terkini pergerakan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat