FGV Didakwa Guna Buruh Paksa?

348

Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat import minyak kelapa sawit daripada FGV Holdings Bhd berikutan wujud dakwaan syarikat itu menggunakan buruh paksa.

FGV yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit mentah terbesar dunia telah sekian lama berdepan dakwaan melanggar hak asasi manusia dan buruh daripada beberapa kumpulan hak asasi manusia.

Dakwa Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mendakwa sekatan itu dilaksanakan selepas siasatan selama setahun menunjukkan tanda-tanda berlakunya buruh paksa seperti keganasan berbentuk seksual dan fizikal, ugutan dan pemalsuan dokumen pengenalan.

CBP dalam satu kenyataannya berkata siasatan mereka turut menimbulkan persoalan wujudnya buruh paksa kanak-kanak. Tambah CBP, sekatan itu akan dilaksanakan serta-merta.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar minyak kepala sawit terbesar dunia dan industri terbabit sering dipersalahkan kerana aktiviti penebangan hutan dan kemusnahan habitat semula jadi.

Dalam pada itu, Penolong Pesuruhjaya Eksekutif Pejabat Perdagangan CBP, Brenda Smith meminta para pengimport AS untuk melihat amalan buruh pembekal mereka.

Tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia meminta pihak berkuasa AS untuk menyiasat FGV berhubung kebimbangan mengenai buruh paksa dan pemerdagangan manusia di kawasan ladang FGV.

Kira-kira 84% pekerja ladang kelapa sawit di Malaysia merupakan pendatang asing dari pelbagai negara seperti Indonesia, India dan Bangladesh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat