FGV Terima Khabar Gembira, Saham Melonjak Bakal Jadi Tumpuan Pelabur

6,328

Saham FGV Holdings Bhd melonjak sebanyak 7.48% atau 8 sen kepada RM1.15 pagi ini selepas menerima minat pembelian daripada Perspective Land (M) Sdn Bhd iaitu syarikat milik penuh Restu Jernih Sdn Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Pada jam 10.57 pagi, saham FGV meningkat sebanyak 5 sen atau 4.67% kepada RM1.12. Syarikat itu menyaksikan 10.12 juta sahamnya bertukar tangan.

Dalam pada itu, penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB), Chye Wen Fei dalam notanya hari ini, mengekalkan cadangan ‘hold’ untuk FGV dengan harga sasaran tidak berubah iaitu RM1.08 berikutan butiran yang belum jelas ketika ini.

“Walaupun begitu, kami percaya sentimen harga saham jangka pendek akan meningkat susulan perkembangan terbaharu itu,” kata Wen Fei.

Tambah Wen Fei, perkembangan terbaharu itu juga akan mencetuskan tawaran umum wajib (MGO) kerana PLSB mempunyai nilai buku sekitar RM1.9 bilion pada 31 Disember 2018 dan persetujuan pemegang saham diperlukan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Malahan, kami perhatikan bahawa perjanjian sewa tanah juga akan menjadi pertimbangan utama dalam perkara ini,” kata Wen Fei.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia semalam, PLSB menyatakan minat menjadi pemegang saham menerusi suntikan aset perladangan ke dalam FGV bagi pertimbangan mendapatkan kepentingan saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat