Firefly Bakal Gantikan Malaysia Airlines?

514

Sebahagian daripada generasi kita membesar dengan Malaysia Airlines (MAS). Namun, sejak kebelakangan ini timbul desas-desus yang mengatakan syarikat penerbangan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Jika ya, mungkin Firefly akan menjadi sebagai syarikat penerbangan nasional bagi memenuhi tuntutan pengangkutan negara, menggantikan MAS.

Difahamkan Khazanah Nasional Bhd percaya peralihan MAS kepada Firefly merupakan pilihan yang terakhir jika rundingan memulihkan Malaysia Airlines bersama pemiutang dan pemajak pesawat tidak berjaya.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang rundingan tersebut masih berjalan dan selagi tiada kata putus dicapai, langkah seterusnya juga masih tidak dapat dirangka dengan jelas.

Bagi meneruskan ketersambungan (connectivity), Firefly merupakan pilihan alternatif di mana Khazanah bersedia untuk membiayainya bagi mengembangkan lagi operasi sebagai penerbangan kebangsaan.

Untuk pengetahuan, pilihan syarikat penerbangan adalah berdasarkan sumber kewangan yang kukuh agar ia dapat memberi pulangan.

Ini bermakna Khazanah akan menghentikan pembiayaan terhadap Malaysia Airlines yang sudah lemah pada aspek kewangan, membawa lebih banyak kerugian.

Jika Khazanah terus membiayai MAS, mahu tidak mahu Khazanah mungkin terpaksa melupakan pegangannya dalam aset strategik lain atau menambah hutang bagi menyokong syarikat penerbangan itu.

Pengarah urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan memberi jaminan bahawa pihaknya akan mengambil langkah yang wajar bagi mengurangkan kesan negatif jika peralihan itu benar-benar berlaku.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat