Floki Inu (FLOKI) Catat Lonjakan Tertinggi, Kalahkan Dogecoin (DOGE), Shiba Inu (SHIB)

3,631

Jika semalam pasaran kripto menyaksikan lonjakan tertinggi Shiba Inu (SHIB) hingga mengatasi kedudukan Dogecoin (DOGE), Floki Inu (FLOKI) juga tidak ketinggalan paparkan pergerakan yang luar biasa.

Berdasarkan pemerhatian sejak 27 hingga 28 Oktober, FLOKI mencatatkan peningkatan lebih 300%, sekaligus merekodkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.0002209 pada malam tadi.

Floki Inu yang diinspirasikan oleh anjing belaan pengasas Tesla, Elon Musk dinamakan dengan ‘Floki’ secara mendadak menerima populariti atas beberapa faktor ini:

  1. Pembangun matawang kripto ini telah mengiklankan FLOKI di seluruh London melalui sistem pengangkutan awam, termasuk stesen subway dan bas.
    • Dikhabarkan iklan tersebut mula disebarkan kepada umum sejak awal Oktober.
  2. Pembangun FLOKI membuat beberapa rombakan termasuk struktur kos, pengurangan cukai yang dikenakan bagi setiap transaksi dengan memansuhkan royalti.
    • Boleh dikatakan sistem yang diterap sama seperti SafeMoon.
    • Keputusan tersebut juga melibatkan kebimbangan jika ‘royalti’ yang diberikan kepada pelaburnya dilabel sebagai sekuriti tidak berdaftar berdasarkan undang-undang.
    • Cukainya telah diturunkan daripada 8% kepada 3% bagi setiap transaksi.
  3. Cukai yang diterima akan digunakan untuk tujuan pemasaran, membangunkan ekosistem Floki Inu termasuk projek metaverse permainan video yang dikenali sebagai Valhalla.

Ketika penulisan, lebih 170,000 pelabur FLOKI direkod. Harga FLOKI mencatatkan sedikit penyusutan lebih 7% sejak paras ATH, didagangkan pada $0.00020516.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat