Fokus Pertemuan OPEC/Non-OPEC, Adakah Pemotongan Minyak Akan Dilanjutkan?

51

Harga minyak mentah didagang tinggi pada hari Isnin, mengekalkan paras tertinggi sejak 5 bulan yang dicapai minggu lalu didorong oleh pandangan optimis terhadap penawaran dan permintaan global.

Berdasarkan pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) meningkat 34 sen atau 0.67 peratus kepada $50.78 U.S. dolar setong pada jam 5.50 petang, menghampiri harga tertinggi dalam tempoh 5 bulan lalu pada $50.88.

Pada masa yang sama, pasaran hadapan minyak mentah Brent yang menjadi tanda aras harga minyak global, di jual pada harga $55.90 yang melebihi 30 sen .

Pada minggu lepas minyak mentah WTI meningkat sebanyak 5.1 peratus manakala minyak Brent meningkat 3.4 peratus dengan kenaikan tertinggi sejak 28 Julai lalu.

Ramalan kenaikan permintaan minyak oleh Organization of the Petroleum Exporting Countries(OPEC) dan International Energy Agency (IEA) antara faktor yang memulihkan sentimen pasaran minyak pada minggu lepas.

Selain itu, data juga menunjukkan bahawa pengeluaran minyak mentah jatuh pada bulan lepas buat kali pertama sejak Mac, rentetan itu menjadi indikasi pasaran sedang kembali ke arah keseimbangan.

Tambahan pula, kilang penapisan minyak U.S di kawasan teluk telah semakin pulih daripada hentakan Taufan Harvey dan Irma sejak tiga minggu lalu. Pada September 15, syarikat tenaga Baker Hughes telah mengurangkan 7 pelantar minyak kepada jumlah 749, paling sedikit sejak Jun.

Fokus pelabur minggu ini tertumpu pada laporan mesyuarat dalam pertemuan antara OPEC dan non-Opec hari Jumaat nanti berkenaan kemungkinan tempoh potongan pengeluaran minyak akan dilanjutkan.

Dalam pada masa yang sama, OPEC dan non-OPEC termasuk Russia. Telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong setiap hari sehingga bulan Mac akan datang. Hal ini bertujuan bagi mengurangkan bekalan minyak dunia dan menyokong kenaikan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat