FOMC: Kadar Faedah Kekal 5.50%, Ucapan Powell Kecewakan Pelabur

675

Tumpuan utama pasaran terarah kepada mesyuarat FOMC yang berakhir pada awal pagi tadi dengan kadar faedah dikekalkan di paras 5.50% oleh Federal Reserve (Fed) seperti yang dijangkakan majoriti pasaran.

Namun, pasaran masih menghadam ucapan susulan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell untuk petunjuk bagi dasar monetari selanjutnya.

Sebelum ini, pasaran menjangka bakal berlaku kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember, namun kenyataan Powell pagi tadi agak bercampur dan membuatkan pelabur ragu-ragu untuk kenaikan kadar dilaksanakan selepas ini.

Sepertinya tiada perubahan seperti kenyataan pada mesyuarat September lalu apabila Powell masih menekankan untuk mengekalkan dasar yang ketat untuk seketika, namun masih terbuka untuk kenaikan kadar faedah.

Powell turut mengulas bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang dengan baik menjangkaui ramalan walaupun langkah pengetatan dasar telah diterapkan sejak tahun lalu.

Data-data yang tampil menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan dan terdapat permintaan dalam sektor buruh.

Tetapi ini juga boleh mengundang risiko peningkatan kadar inflasi, dan boleh mendorong kenaikan kadar faedah dilakukan bank pusat.

Mata wang US dolar papar penyusutan selepas mesyuarat tersebut sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).

Sebelum itu, US dolar telah menunjukkan pengukuhan seketika apabila data JOLTS yang mengira jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka adalah lebih tinggi pada September mengatasi ramalan.

Namun, data tinjauan sektor pembuatan sedikit menguncup, begitu juga laporan data pekerjaan ADP yang memaparkan angka yang suram memberi isyarat yang kurang baik untuk data NFP pada Jumaat nanti.

Tumpuan hari ini pula akan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada jam 8 malam waktu tempatan, dengan jangkaan kadar faedah dikekalkan di paras 5.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat