FOMC Semakin Hampiri, EUR/USD Kekal Berlegar Dalam Zon Sideway

246

Mata wang Euro dilihat berjaya pamerkan peningkatan berbanding US dolar pada dagangan awal minggu semalam sementara tumpuan pasaran terarah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Pelabur dilihat lebih berwaspada menantikan dahulu keputusan mesyuarat FOMC membuatkan pergerakan US dolar kekal suram membuka ruang untuk mata wang utama lain didagangkan meningkat.

Peningkatan Euro walau bagaimanapun dilihat terhad ekoran terbitan data tinjauan iklim perniagaan Jerman yang mencatatkan penurunan ke paras terendah 2 tahun ekoran tempias krisis tenaga dan risiko bekalan gas di Eropah.

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) pula akan menjadi tumpuan pada sesi New York hari ini yang dilihat akan memacu pergerakan US dolar dan Euro.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih lagi bergerak dalam zon mendatar pada Isnin semalam dengan corak kenaikan harga dipaparkan.

Harga yang meningkat menguji sekali lagi zon rintangan minggu lalu sekitar 1.02500 sebelum susut semula, namun masih memberikan isyarat untuk pergerakan bullish dengan harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Bersambung pada awal sesi Asia pagi Selasa, kenaikan harga yang lemah dipamerkan dan menguji sekali lagi rintangan semalam untuk menyambung kenaikan lebih tinggi.

Sekiranya berjaya diteruskan, sasaran adalah untuk mencapai paras ketinggian pada 1.03000 dan pergerakan bullish yang dikekalkan harga bakal mensasarkan pula pada zon rintangan 1.04000.

Sebaliknya jika harga mula berundur dan bergerak di bawah paras MA50, paras sokongan awal pada 1.01600 akan dituju dan pelabur akan menilai reaksi harga pada sekitar tersebut untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.

Bagi penurunan harga lebih rendah yang diteruskan, harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.01000.

Dan seterusnya, zon support utama pada 1.0000 akan kembali menjadi tumpuan semula selepas harga susut ke sekitar tersebut pada dagangan pertengahan Julai lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat