Forex Trading Adalah Aset, Bukan Liabiliti

161

Sejauh mana perancangan anda dalam menjadi seorang forex trader? Setelah anda terjun ke dalam bidang ini, anda kena ingat yang forex ini juga adalah sebuah business. Ada untung, ada rugi. Ada modal.

Ramai yang tiada perancangan. Oleh sebab tiada perancangan ini yang jadikan hala tuju anda tidak kemana selama terlibat dalam forex trading. Tambahan masih ramai yang saya kenal sejak 2008 dalam bidang forex, sehingga kini masih menjadi pendepo tegar. Broker ibarat liabiliti bagi mereka. Perlu disuap duit setiap bulan.

Itu yang saya kenal. Yang tak kenal masih banyak.

Mereka kerap terima call dari Account Manager. “Salam, apa khabar? sihat? Bila nak depo? Sekarang kami tengah ada bonus bla.. bla.. bla..”. Kiranya Account Manager diorang ni ibarat anak kecil la, call tanya, “Abah, bila nak bank in duit?”

Mereka depo seratus dollar, dua ratus dollar, lima puluh dollar. Ibarat cuba mesin slot. Ada untung, ada. Tiada untung, depo lagi nanti. Mereka tak tahu pun, kenapa mereka deposit banyak tu. Cek tengok dalam bank, lepas lah nak depo seratus dua. Terus depo. Trade punya trade. Sembang di kedai mamak sana dan sini. Selepas itu MC.

Tak apa, nanti depo lagi. Tunggu gaji bulan depan.

“If you fail to plan, you are planning to fail”. Forex sebuah business, dan perlu ada perancangan. Strategy. Kenapa mula dengan 100 USD, kenapa 1000 USD mula deposit. Strategy mana nak guna. Bagaimana nak elak modal hangus dan sebagainya. Bagaimana manage risk ikut akaun dan sebagainya. Bagaimana nak bertatih dalam bidang ini.

Semoga saya dapat membantu semua rakan-rakan dalam bidang ini. Forex trading adalah “aset” kita, ia bukan “liabiliti”!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat