Fuh! Bitcoin Masih ‘Selamat’ Dalam Pegangan Tesla

239

“Baguslah Musk ni, steady je walaupun pasaran kripto jatuh.”

Laporan pendapatan suku keempat mendedahkan bahawa pengasas kenderaan elektrik (EV) Tesla, Elon Musk tidak melakukan apa-apa perubahan pada pegangan Bitcoinnya (BTC) walaupun pasaran berada dalam keadaan volatile

Menurut laporan yang berakhir 31 Disember 2022, Tesla didapati memegang aset digital sekitar $184 juta, lebih rendah daripada suku sebelumnya yang bernilai $218 juta.

Kemerosotan itu berlaku ekoran kejatuhan harga BTC dalam tempoh suku Oktober-Disember, di mana pada 30 September ia berada pada sekitar $19,500, sebelum junam hampir 15% kepada $16,600 menjelang 31 Disember.

Sebagai rekod, Tesla juga mengekalkan pegangan Bitcoinnya pada suku ketiga selepas menjual 75% daripada pemilikannya pada suku kedua.

Rentetan daripada penjualan itu, ia menambah wang tunai $936 juta ke dalam buku kewangannya dengan keuntungan sebanyak $64 juta.

Sungguhpun laporan terkini Tesla pada 25 Januari tidak membincangkan tentang jumlah pegangan BTC mereka, tetapi ia dianggarkan memegang lebih 9,720 aset digital tersebut setakat ini.

Keseluruhannya, pengilang EV itu meraih keuntungan $3.7 bilion, 59% lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lalu, dengan pendapatan melonjak 37% kepada $24.3 bilion pada suku keempat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat