Fuh! Bukan Main Tinggi Lagi Pound Melonjak

460

Buat pertama kali sejak Disember 2019, matawang pound meningkat ke tahap tertingginya untuk tahun ini setelah berjaya menembusi paras harga $1.34 berbanding USD pada sesi dagangan Selasa.

Berikutan kelemahan dolar greenback yang berterusan berikutan pengumuman Federal Reserve AS (Fed) yang membawa perubahan besar dalam kerangka dasar monetari pada minggu lalu, yang mana ia membolehkan kadar faedah kekal di tahap terendah walaupun kadar inflasi meningkat lebih tinggi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diniagakan lemah sebanyak 0.3% pada 91.90.

Matawang pound sterling didagangkan menguat dengan peningkatan hampir 0.5% berbanding USD pada $1.343, iaitu tahap tertinggi yang pernah direkodkan sejak pertengahan Disember 2019.

Sementara itu, laporan mengenai kenaikan cukai di UK untuk mengimbangi lonjakan dalam perbelanjaan kerajaan akibat krisis pandemik, gagal mempengaruhi pengukuhan pound sterling.

Menteri Kewangan UK Rishi Sunak dilaporkan sedang memeprtimbangkan kenaikan cukai untuk meringankan hutang kerajaan yang telah melebihi 2 trilion berikutan perbelanjaan kecemasan ketika dilanda pandemik Covid-19.

Ucapan Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey pada hari Khamis, kini menjadi tumpuan utama pasaran untuk mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai pandangan bank pusat terhadap dasar monetari semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat