Fuh! Bukan Main Tinggi Lagi USD Mendaki

835

US dolar terus mengumpul kekuatan untuk meningkat lebih tinggi apabila pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan kukuh pada paras terkuat dua bulan pada 104.10 berbanding mata wang utama pada waktu penulisan.

Data yang akan diterbitkan adalah bacaan kedua KDNK untuk suku pertama 2023, di mana ia dijangka mencatat pertumbuhan 1.1% tidak berubah daripada bacaan pertama yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Sentimen pasaran dilihat terus berisiko, di mana perbincangan mengenai siling hutang AS masih belum dapat dicapai menyebabkan risiko untuk Amerika mengalami ‘default’ semakin meningkat.

Sementara itu, minit mesyuarat FOMC mendedahkan bahawa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) berpecah dalam keputusan untuk menghentikan atau meneruskan kenaikan kadar pada mesyuarat seterusnya.

Gabenor Fed, Christopher Waller dalam kenyataan terbarunya berkata walaupun kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat bulan Jun, tetapi kitaran pengetatan tidak mungkin ditamatkan.

Meneliti pergerakan mata wang utama, euro kekal didagangkan suram selepas jatuh ke paras terendah baharu dua bulan berbanding US dolar pada awal sesi Eropah.

Pound pula sedikit meningkat tetapi terus berlegar pada sekitar paras terlemah lima minggu, masih terkesan oleh bacaan data inflasi UK yang lebih rendah pada bulan April.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan kiwi kekal lemah dengan masing-masing diniagakan pada tahap terendah enam bulan berbanding dolar greenback.

Selain itu, dolar Kanada pula terperuk pada paras terendah tiga minggu berbanding US dolar, dengan dagangan komoditi hitam turut memaparkan penurunan setelah meningkat tinggi minggu ini.

Turut menjadi tumpuan pelabur pada sesi New York adalah data tuntutan pengangguran mingguan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat