Fuh! Emas Tergelincir, Nasib Baik Sempat Bangun Semula

251

Emas berjaya diselamatkan selepas tergelincir pada sesi sebelum ini yang dilemahkan oleh kebangkitan semula US dolar.

Logam kuning emas merosot lebih 1% pada Rabu yang membawanya kembali menghampiri paras harga $1,700 sebelum ia melantun semula ke sekitar harga $1,722 per auns pada sesi Asia.

US dolar melonjak lebih 1% selepas mencatatkan hari terburuknya sejak Mac 2020 pada hari Selasa menyebabkan emas kurang menarik bagi pemegang mata wang lain.

Selain dolar greenback, hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga kembali meningkat pada 3.75%.

Komoditi kuning itu telah meningkat hampir 4% pada dua hari sebelumnya apabila US dolar dan hasil bon AS jatuh mendadak daripada paras tertinggi masing-masing.

Penganalisis memberi amaran bahawa ia mungkin terlalu awal untuk meletakkan harapan untuk Federal Reserve (Fed) berubah dovish, memandangkan penggubal dasar terus menegaskan pendirian untuk memerangi inflasi.

Data pekerjaan NFP AS akan menjadi tumpuan pelabur seterusnya setelah menyaksikan bacaan yang memberangsangkan dalam laporan pekerjaan ADP sektor swasta dan perkhidmatan ISM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat