Fuh! Firma Audit ‘Big Four’ Umum Terjun Dalam Dunia Kripto!

788

KPMG di Kanada dilaporkan telah mengambil inisiatif untuk menuju kepada aset digital dimana syarikat gergasi tersebut telah membuat peruntukan dalam kriptowang bagi perbendaharaan korporatnya. Ini merupakan pelaburan langsung pertama firma tersebut dalam kriptowang.

Peruntukan itu termasuk Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), serta pengimbangan karbon untuk mengekalkan transaksi yang bersih dari sebarang penggunaan karbon bagi memenuhi tuntutan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) firma.

Menurut Benjie Thomas, Rakan Kongsi Urusan Kanada, Khidmat Nasihat, KPMG di Kanada berpandangan bahawa “kriptowang adalah kelas aset yang matang”. Tambah beliau, “pelabur yang terdiri dari Dana Pelindung Nilai dan beberapa syarikat insuran dan dana pencen semakin terdedah kepada kriptowang. Begitu juga dengan sektor kewangan tradisional seperti bank, penasihat kewangan dan pembrokeran sedang meneroka menawarkan produk dan perkhidmatan yang melibatkan kriptowang. Pelaburan ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa institusi penggunaan kriptowang dan teknologi blockchain akan terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada gabungan aset,”.

KPMG menubuhkan jawatankuasa tadbir urus untuk menyediakan pengawasan dan meluluskan peruntukan perbendaharaan. Jawatankuasa itu termasuk pihak berkepentingan daripada Kewangan, Pengurusan Risiko, Penasihat, Audit dan Cukai, ditugaskan untuk menjalankan dan menyelesaikan proses penilaian risiko yang ketat yang termasuk kajian semula risiko pengawalseliaan, reputasi dan penjagaan. Pakar KPMG juga menilai implikasi cukai dan perakaunan transaksi tersebut.

Pelaburan itu menggambarkan pandangan firma mengenai teknologi yang disokong oleh blockchain. “Industri kripto terus berkembang dan matang maka ia akan menjadi sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh perkhidmatan kewangan dan pelabur institusi,” kata Kareem Sadek, Rakan Kongsi Penasihat, Perkhidmatan Kripto dan Blockchain, KPMG di Kanada.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat