Fuh! Goldman Sachs Jalin Kerjasama Dengan Galaxy Digital Demi Pelaburan Bitcoin!

822

Dalam laporan terbaru Goldman Sach menyatakan bahawa mereka sedia membantu dana lindung nilai dan institusi gergasi yang lain yang berminat untuk mengorak langkah dalam bitcoin.

Terkini, Goldman Sachs telah memulakan perdagangan bitcoin niaga hadapan dengan Galaxy Digital iaitu bank saudagar yang diasaskan oleh Mike Novogratz.

Perdagangan ini menunjukkan pertama kalinya Goldman menggunakan firma aset digital sebagai rakan niaga sejak bank pelaburan itu menawarkan perkhidmatan kripto.Dengan menjadi bank pelaburan utama A.S yang memulakan perdagangan kripto Goldman pada dasarnya memberi perlindungan kepada bank lain untuk melabur dalam kripto.

Penganalisis melihat ini adalah suatu sentimen yang positif kerana jika beberapa bank telah mula melakukannya maka bank lain juga akan FOMO , justeru akan mendorong mereka untuk ikut serta menawarkan perkhidmatan pelaburan kripto.

Max Minton pengurus aset digital untuk wilayah Asia Pasifik Goldman, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pada tahun 2021 pilihan alternatif kripto juga disediakan kepada pelanggan dan kami juga gembira kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan perbankan lain. Galaxy akan bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan syarikat kewangan dan kripto. Ia juga berfungsi sebagai penyedia kecairan untuk perdagangan blok niaga hadapan bitcoin Goldman Sachs.

Walaupun terdapat tentangan kerana keraguan beterusan terhadap Bitcoin, namun kerana permintaan yang kuat maka ia mendorong bank untuk menawarkan pelaburan derivatif bitcoin. Dalam masa yang sama, Goldman merancang untuk memperkenalkan niaga hadapan ethereum kepada pelanggan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat