Fuh! Jualan Runcit UK Kembali Melantun, Pelabur Tarik Nafas Lega

273

Pelabur menarik nafas lega selepas menyaksikan data jualan runcit UK tanpa dijangka menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik pada bulan April.

Setelah mencatat penguncupan 1.2% pada Mac, penjualan runcit kembali meningkat lebih kukuh kepada 1.4% dan juga melebihi jangkaan untuk menyusut sebanyak 0.3%, menurut data yang dikeluarkan Pejabat Perangkaan Nasional (ONS).

Peningkatan dilihat dalam jualan di kedai makanan, peruncit bukan kedai seperti pakaian dan bahan api automotif. Sebaliknya, jualan makanan pasar raya secara amnya tidak berubah dan jualan di kedai bukan makanan turun sebanyak 0.6% pada April.

Jualan runcit teras yang tidak termasuk bahan api, juga meningkat 1.4% lebih tinggi. Namun, berbanding tahun sebelumnya, jualan runcit merosot 4.9%.

Angka-angka ini sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan terhadap perbelanjaan pengguna yang terjejas ketika inflasi melonjak 9% ke paras tertinggi 40 tahun pada bulan lepas.

Susulan penerbitan data ini, mata wang pound mencatatkan peningkatan untuk mengekalkan keuntungannya di tahap tertinggi dua minggu berbanding US dolar pada pembukaan sesi Eropah.

Dalam pada itu, dalam tinjauan berasingan oleh oleh GfK menunjukkan sentimen pengguna Britain terus terjejas dengan menjunam ke paras terendah sejak tahun 1974.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat