Fuh! Komen Johnson Ni Buatkan Pasaran Semakin Teruja!

291

Pada 25 Disember yang lalu, UK dan Kesatuan Eropah (EU) akhirnya berjaya mencapai kesepakatan dalam rundingan perdagangan pasca-Brexit selepas berbulan-bulan berunding untuk memastikan Britain keluar daripada blok itu dengan perjanjian.

Perjanjian pasca Brexit tersebut akan memastikan UK dan 27 negara blok Eropah dapat menjalin hubungan perdagangan barangan tanpa tarif dan kouta. Persetujuan yang dicapai telah berjaya membantu melindungi daripada kerugian sebanyak $894 bilion dalam perdagangan tahunan antara kedua belah pihak.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson melihat bahawa perjanjian yang dicapai adalah kesepakatan baik untuk seluruh Eropah. Tentu sekali ia telah memberi kelegaan buat pengkesport di kedua-dua belah pihak yang telah berdepan tarif lebih tinggi dan menanggung kos susulan perjanjian yang tidak dapat dicapai.

Pada hari ini, Johnson tampil memberi ulasan yang meningkatkan keterujaan pasaran dengan mengatakan bahawa perjanjian antara Kesatuan Eropah (EU) ini bukanlah satu penamat namun ianya satu permulaan baru.

Terkini, UK sedang menantikan ratifikasi yang bersifat formal ke atas perjanjian tersebut dan sedang bekerja sama untuk menangani isu-isu utama seperti perubahan iklim.

Pasaran kini menantikan Parlimen UK dan EU untuk meluluskan perjanjian tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat