Fuh! Kriptowang Bakal Di Haramkan Di Indonesia?

3,716

Badan berautoriti kewangan Indonesia atau dikenali sebagai Financial Services Authority (Otoritas Jasa Keuangan) mengeluarkan laporan yang melarang syarikat tempatan daripada menggunakan, menawarkan atau mempelancarkan usaha perhidmatan kriptowang. Pengawal selia percaya berurusan dengan bitcoin dan altcoin adalah berisiko disebabkan turun naik harga yang besar.

Badan berautoriti itu telah menunjukkan sikap yang tegas terhadap industri kriptowang sejak beberapa bulan lalu. Di tambah pula bebrapa badan-badan lain di Indonesia turut menyatakan sikap yang sama pada akhir tahun lepas.

Berdasarkan laporan baru-baru ini oleh pihak Reuters, Badan Berautoriti Kewangan (OJK) adalah antara badan kerajaan seterusnya yang mengkritik dan menyatakan sikap tegas terhadap kriptowang.

“OJK telah melarang keras institusi perkhidmatan kewangan daripada menggunakan, memasarkan atau memudahkan perdagangan kriptowang.”

Selain daripada memberi penekanan mengenai turun naik kriptowang, pengawal selia negara turut menekankan bahawa penipuan skim Ponzi boleh berkembang maju dalam industri. Oleh itu, pelabur harus mengetahui semua risiko yang terdapat dalam ekosistem itu sebelum menyertainya.

Waima begitu, badan berautoriti kewangan ini memiliki pandangan yang berbeza mengenai CBDC. Pada Mei tahun lalu, Perry Warjiyo yang merupakan Gabenor Bank Indonesia menegaskan bahawa institusi kewangan itu sedang dalam proses untuk menerbitkan kriptowang Bank Pusat.

Beberapa bulan kemudian, bank pusat Indonesia mengeluarkan kenyataan bahawa ”CBDC akan menjadi salah satu alternatif untuk melawan kriptowang”. Bank Pusat menganggap orang ramai akan mendapati CBDC lebih boleh dipercayai daripada kriptowang. Atas dasar itu, CBDC akan menjadi sebahagian daripada usaha untuk menangani penggunaan kriptowang dalam urus niaga kewangan.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat