Fuh! Rusia Umum Bakal Benarkan Bursa Saham Dagangkan Kripto

1,442

Bank Pusat Rusia terkini dilaporkan telah mencadangkan untuk membenarkan bursa saham memasuki pasaran mata wang kripto sebagai langkah untuk menangani sekatan yang mengejutkan terhadap negara itu.

Langkah ini diambil untuk memudahkan pelabur dengan pilihan alternatif untuk melabur dalam mata wang kripto. Rusia telah ditekan dengan hebat melalui sekatan ekonomi yang ketat oleh negara Barat berikutan konflik antara Rusia dan Ukraine.

Berdasarkan laporan tersebut, Bank Pusat Rusia mengemukakan cadangan ini dalam pertemuan pihak mereka dengan sekumpulan bursa, broker dan pemain pasaran kripto. Bank Pusat Rusia menambah bahawa beberapa entiti Bursa Moscow, Bursa Saham Saint Petersburg dan pegawai lain telah bertemu dengan wakil CBR secara rahsia. Antara isi yang dibincangkan adalah mengenai rancangan untuk mengatur dan membangunkan perdagangan mata wang kripto dalam kerangka undang-undang.

Kerajaan Rusia dilaporkan sedang meneliti untuk meluluskan peraturan kripto yang komprehensif. Sementara itu, aktiviti seperti pengeluaran mata wang kripto dan peneribitan token akan turut termaktub dalam peraturan ini.

Menurut Kommersant, sumber mendedahkan bahawa orang dari kalangan sektor kewangan yang menghadiri mesyuarat tersebut menyokong idea yang dicadangkan. Ini dilihat sebagai sentimen yang positif yang akan meningkatkan kes penggunaan mata wang kripto.

Bank pusat Rusia berkemungkinan mendapat akses kepada peredaran mata wang kripto dengan menukar dagangannya kepada model pasaran saham.

Kerajaan AS dengan Kesatuan negara-negara lain dilihat beriltizam sepenuhnya bertujuan untuk memusnahkan ekonomi Rusia dengan pelbagai sekatan. Perkara ini telah memaksa Rusia untuk mencari alternatif lain untuk memabangunkan ekonomi mereka.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat