Fuh! Sikit lagi Bursa Nak ‘Terciduk’ Selepas Dibuka Rendah Harini

185

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 1.55 mata pada 1,580.44 daripada penutupan Jumaat pada 1,578.89.

Indeks dibuka 1.90 mata pada 1,576.99.

Ia dibuka rendah namun mulai bercampur kemudiannya hasil sokongan harga minyak yang tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 328 berbanding 199, manakala 293 kaunter pula tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 439.94 juta unit bernilai RM227.13 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine telah membuatkan minyak mentah Brent melonjak tinggi.

Tambahnya lagi, indeks barometer melewati jangkaan walaupun kelemahan serantau berakhir tinggi minggu lalu yang mana sebahagian besarnya disokong oleh belian asing.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd tambah 4 sen pada RM5.59, Public Bank Bhd naik 2 sen pada RM4.37, Maybank kukuh 3 sen pada RM8.60 dan Sime Darby Bhd capai 4 sen pada RM2.27.

Saham aktif memperlihatkan KNM Group Bhd kekal pada 18.5 sen, SMTrack Bhd naik 1 sen pada 20.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd tambah 6 sen pada RM1.15 dan Key Alliance Group Bhd kekal pada 1.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE turun 26.02 mata pada 6,318.93, FBM 70 susut 68.79 mata pada 13,712.50, FBM Emas jatuh 2.12 mata pada 11,318.30, FBMT 100 hilang 3.84 mata pada 10,996.89 dan FBM Emas Shariah layu 25.70 mata pada 12,014.69.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 67.19 mata pada 16,363.84, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.25 mata pada 210.69 dan indeks Perladangan melayu 9.41 mata pada 7,223.83.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat