Fulamak! Kenapa LINK Tiba-Tiba Meroket Tinggi Gila?

434

“Wow bukan biasa-biasa eh kenaikan harga LINK, agaknya lepas ni boleh tembus $20 pula tak?”

Setelah sekian lama berlegar-legar antara $17 dan $13, harga mata wang kripto Chainlink (LINK) akhirnya berjaya menggunung sehingga $18.85 pada hari Jumaat lepas bagi mencapai paras tertinggi sejak 3 April 2022.

Selama bertahun-tahun, LINK telah muncul sebagai komponen penting dalam infrastruktur industri kripto yang menghubungkan blockchain bersama data dari luar melalui ramalannya termasuk pelbagai perkongsian.

Infrastruktur agnostik blockchain LINK bukan sahaja memastikan keserasian dengan blockchain yang berbeza malah memudahkan pemindahan coins secara lancar dan selamat dari satu blockchain kepada yang lain.

Menurut LINK pada awal minggu di X, hanya platformnya dapat menyediakan semua permintaan institusi kewangan tradisional yang memerlukan data, pengiraan dan keupayaan cross-chain bagi menerima pakai blockchain serta real-world assets (RWA) token pada skala.

Penganalisis K33 Research pula berkata LINK ialah cara paling selamat untuk jana keuntungan daripada tokenization RWA yang membenarkan aset seperti emas, saham dan hartanah bagi berdagang sebagai token digital pada blockchain, di mana ia dijangka akan bernilai $16 trilion menjelang 2030.

Suka dimaklumkan nilai dolar dikunci dalam bilangan kontrak niaga hadapan terbuka terikat dengan LINK telah naik lebih dua kali ganda pada rekod $490 juta manakala dari segi kripto, open interest canak 62% daripada 27.51 juta LINK.

Peningkatan dalam open interest mewakili kemasukan wang baharu ke dalam pasaran kripto dan kenaikan harga di samping pendakian open interest dikatakan mengesahkan arah aliran.

Setakat penulisan ini, harga LINK melonjak sebanyak 0.36% pada paras $17.99 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $10 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 23.03% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat