Fumio Kishida Bakal Jadi Perdana Menteri Baru Jepun

731

Fumio Kishida memenangi jawatan sebagai pemimpin baru dalam Parti Liberal Demokratik (LDP), membawanya satu langkah lebih hampir untuk menjadi perdana menteri baru Jepun menggantikan Yoshihide Suga.

Kishida yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri Jepun itu telah memperoleh 275 undi pada pemilihan yang diadakan pada hari ini sekali gus mengalahkan menteri vaksinasi, Taro Kono.

Parlimen Jepun kemungkinan akan memilih Kishida sebagai perdana menteri baru pada 4 Oktober. Kishida juga akan memimpin partinya dalam pilihan raya umum Jepun yang dijangka akan berlangsung pada 28 November.

Kemenangan Kishida dilihat tidak akan mendorong kepada peralihan besar polisi ketika Jepun berusaha untuk menghidupkan kembali ekonomi yang terkesan akibat pandemik, dengan menekankan perlunya fokus pada pengurangan jurang pendapatan.

Dalam ucapan kemenangannya, Kishida memberitahu bahawa mereka perlu mengumpulkan pakej rangsangan bernilai puluhan trilion yen menjelang akhir tahun.

Tambahnya lagi, beliau mengambil keputusan untuk mencalonkan diri kerana merasakan demokrasi di Jepun berada dalam bahaya. Kishida juga ingin memimpin negara untuk terus memerangi pandemik coronavirus dan menunjukkan bahawa parti LDP mampu mendengar suara rakyat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat