G20 dan IMF Menerima Dasar Monetari yang Digunakan Jepun : Bank of Japan

76

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada Selasa bahawa Kumpulan G20 dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerima pandangan bahawa dasar pelonggaran kuantitatif yang digunapakai oleh Bank Pusat Jepun adalah bagi mencapai sasaran inflasi.

Kuroda mengeluarkan kenyataan terbabit selepas beliau dapat memberi keyakinan kepada ahli mesyuarat terbabit bahawa Jepun menggunakan dasar monetari bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, dasar matawang tidak dibahaskan dalam mesyuarat terbabit.

Dalam mesyuarat itu juga, Jawatankuasa Monetari dan Kewangan Antarabangsa juga telah berjanji untuk bekerjasama dalam mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan global dan akaun semasa melalui dasar-dasar yang sesuai.

Namun begitu, beberapa penggubal dasar di Jepun bimbang sekiranya kerajaan AS memberikan lebih tumpuan kepada tahap matawang sebagai salah satu cara untuk mengurangkan defisit. Perkara ini boleh meletakkan BoJ di dalam kritikan kerana dasar pelonggaran kuantitatif telah melemahkan Yen berbanding US Dollar.

Sejak tahun 2013 lagi, Kuroda telah melancarkan dasar ini dengan membeli sejumlah besar hutang kerajaan. BoJ juga telah menegaskan bahawa sebarang kesan ke atas matawang bagi memenuhi sasaran inflasi adalah kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, Yen telah jatuh kira-ira 15 peratus berbanding US Dollar sejak program pelonggaran kuantitatif cenderung untuk meningkatkan pendapatan pengeksport Jepun kerana ia akan membuatkan produk mereka lebih murah di luar negara.

Euro dinilai Kembali Stabil Selepas Naik Mendadak Dalam Sesi Sebelum Ini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat