Euro dinilai Kembali Stabil Selepas Naik Mendadak Dalam Sesi Sebelum Ini

46

Euro didagang stabil pada Selasa selepas menghentikan kenaikan besar-besaran yang dicetuskan oleh keputusan pusingan pertama pilihanraya Presiden di Perancis. Dalam masa yang sama, Dollar Kanada menjunam selepas AS mengenakan cukai ke atas import kayu halus Kanada.

Euro kali terakhir didagang pada $1.0866, menjunam daripada puncak yang dicatat pada Isnin iaitu $1.0940 selepas Emmanuel Macron memenangi pusingan pertama pilihanraya presiden Perancis.

Data undian terkini juga menunjukkan bahawa Macron sedang mendahului Marine Le Pen yang juga calon anti-EU di dalam pilihanraya yang bakal berlangsung minggu depan.

Menurut penganalisis Forex di Firma Pengurusan Kekayaan di UBS Singapura iaitu Tan Teck Leng, Euro melonjak mendadak pada hari Isnin disebabkan stop-loss yang dicetuskan pada $1.09.

Dalam masa yang sama, matawang loonie juga menjunam sebanyak 0.4 peratus selepas Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross berkata agensi berkenaan akan mengenakan cukai anti subsidi sebanyak 20 peratus ke atas import kayu halus Kanada.

Loonie menyusut kepada C $1.3560 berbanding US Dollar iaitu paras terendah sejak akhir Disember apabila menjunam kepada C $1.3598.

US Dollar meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 110.08 Yen sebaik sahaja matawang safe haven menjunam.

Korea Utara juga dikatakan menambah kebimbangan pasaran apabila dijangka akan menjalankan ujian nuklear keenam serta melancarkan peluru berpandu jarak jauh sempena penubuhan asas ketenteraan yang ke-85 pada Selasa.

Penganalisis ekonomi juga mengatakan bahawa kebimbangan terhadap risiko geopolitik berkemungkinan berlarutan disamping mengehadkan penurunan Yen dan potensi peningkatan keuntungan US Dollar berbanding matawang Jepun.

Dasar AS yang Masih Bercelaru Menambah Kebimbangan Global! : Ahli Majlis ECB

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat