Gabenor BOJ Sudah Bersuara, Penderitaan Yen Berakhir?

227

Menghiasi dagangan sesi Asia adalah beberapa kenyataan daripada Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kurida dan Menteri Kewangan Shunichi Suzuki mengenai pergerakan mata wang yen.

Gabenor Kuroda memberitahu bahawa beliau telah membincangkan perihal pergerakan pasaran mata wang ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri Fumio Kishida.

Ia merupakan pertemuan biasa yang diadakan kedua-dua pihak untuk membincangkan perkara ekonomi dan kewangan secara meluas.

Seusai pertemuan tersebut, Kuroda memberitahu pemberita bahawa pergerakan yen yang pantas adalah tidak diingini, mengulangi bahawa pembuat dasar akan terus memerhati perkembangan pasaran dengan teliti.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Kewangan Shu’nichi Suzuki mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menolak sebarang pilihan untuk bertindak dalam pergerakan mata wang yen.

Secara keseluruhannya, tiada apa yang baharu daripada pembuat dasar Jepun yang dilihat masih mahu ‘tunggu dan lihat’.

Walaupun begitu, mata wang yen kembali mencatatkan pemulihan dengan meningkat lebih tinggi susulan kenyataan tersebut, selain turut mendapat manfaat daripada US dolar yang lemah.

Dalam perkembangan lain, PM Kishida mengarahkan pakej rangsangan baharu dirangka pada Oktober untuk membantu ekonomi mengharungi kesan inflasi.

Kerajaan akan mempertimbangkan belanjawan tambahan untuk membiayai rangsangan tambahan pada musim luruh, termasuk usaha untuk mempromosikan bentuk kapitalisme baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat