Gabungan Axiata-Telenor Bakal Menguntungkan Pengguna?

385

Sebelum ini Axiata Group Bhd yang merupakan ibu syarikat kepada Celcom dan Telenor ASA, ibu syarikat kepada Digi mengumumkan bahawa mereka akan bergabung. Namun adakah gabungan yang dijangka selesai pada tahun ini akan menguntungkan pengguna?

Beberapa penganalisis telah menyuarakan pandangan pada hari ini bahawa gabungan Axiata dan Telenor akan membawa kepada harga yang lebih kompetitif dan produk yang lebih mampu milik untuk pengguna.

Penganalis telco yang ditemuramah oleh New Straits Times berpendapat gabungan tersebut dapat menatijahkan kepada suasana operasi yang lebih kompetitif di Malaysia. Bukan itu sahaja, penganalisis juga percaya bahawa ia akan membawa kepada harga yang lebih murah untuk pengguna.

Axiata dijangka dapat menjimatkan kos sebanyak RM4 billion kepada RM5 billion dalam jangka lima hingga tujuh tahun jika gabungan direalisasikan. Selain itu, penganalisis, juga mengatakan bahawa pengguna akan menerima kualiti jaringan yang lebih baik dan capaian kawasan yang lebih meluas. Dalam masa yang sama, dapat dijangkakan produk yang lebih produktif pada masa akan datang.

Penyelidikan MIDF menyatakan bahawa gabungan tersebut adalah sesuatu yang positif kerana industri telekomunikasi adalah sangat kompetitif. Tambah MIDF gabungan ini juga akan membolehkan Axiata mendapat akses kepada pasaran antarabangsa serta merta sekaligus memberikan impak positif kepada pengguna.

Saham Axiata Group Bhd kini didagangkan pada harga RM5.17 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat