Gagal Bayar Hutang, AirAsia X Kena Saman!

7,523

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut sebanyak RM78.16 juta sebagai caj aeronautik tertunggak yang gagal dibayar oleh syarikat penerbangan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu, pengendali lapangan terbang itu mendedahkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), telah mengemukakan Writ of Summon dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat penerbangan itu.

Tambahnya lagi, caj aeronautik yang belum dijelaskan merangkumi caj perkhidmatan penumpang, caj keselamatan perkhidmatan penumpang, caj aerobridge, caj parkir pesawat, caj kaunter daftar masuk, caj pendaratan dan caj pembayaran lewat.

Sebagai sebahagian daripada tuntutan sivil, MASSB juga meminta perintah bahawa hak kontraktual secara berterusan ke atas harta pengguna AAX di KLIA hanya akan dilunaskan setelah syarikat penerbangan itu melangsaikan jumlah keseluruhan hutang.

Harta pengguna yang dimaksudkan merangkumi mana-mana pesawat, bahagian, aksesori, kenderaan, peralatan atau harta benda lain yang dimiliki atau di bawah kawalan AAX atau mana-mana pengendali darat yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat