Gagal Bendung Penularan Covid-19, EU Sekat Pelancong Dari Amerika

374

Kegagalan Amerika Syarikat (AS) dalam membendung wabak coronavirus meletakkan Kesatuan Eropah (EU) dalam persediaan untuk menyekat kemasukan pelancong Amerika ke negara mereka.

Kadar kes yang meningkat di AS menjadikan negara itu yang memiliki kes Covid-19 tertinggi di dunia dengan kes jangkitan telah mencecah lebih 2 juta. Perkara ini membimbangkan EU kerana ekonomi Eropah kini berada dalam fasa pemulihan.

Langkah sekatan itu secara tidak langsung akan memberi tamparan hebat kepada Presiden AS, Donald Trump yang menyalahkan lambakan saringan Covid-19 sebagai punca kepada lonjakan jangkitan di negara itu.

Pada Selasa, beliau menerusi ciapan Twitternya memberi pendapat bahawa jika ujian saringan tidak dilakukan secara meluas, kes jangkitan juga tidak akan meningkat. Dilaporkan kadar kes maut wabak di AS kini telah mencapai rekod 123,473 kematian.

Eropah kini memiliki kes jangkitan pada kadar terkawal dan beransur memansuhkan perintah berkurung, membenarkan ekonomi beroperasi seperti biasa. Mereka juga merancang untuk membuka semula sektor pelancongan pada Julai ini.

Sebelum ini pada Mac, kes jangkitan melonjak di Eropah telah mendorong Trump untuk menyekat kemasukan rakyat EU ke AS sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati pegawai EU. Justeru, tindakan EU untuk menyekat kemasukan pelancong dari AS setimpal dengan keputusan Trump yang lalu.

Susulan daripada rancangan pembukaan sektor pelancongan pada Julai ini, EU Home Affairs Commissioner Ylva Johansson telah menggariskan tiga jenis kriteria yang diperlukan untuk dibenarkan melancong ke negara EU.

Antara kriteria tersebut ialah sesebuah negara itu perlu; sekurang-kurangnya memiliki kadar kes jangkitan berada di paras terkawal seperti di EU, mengenakan langkah-langkah pencengahan sepanjang perjalanan dan bersedia untuk menerima pelancong daripada EU.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat