Gagal Capai Kesepakata! Tarif A.S Ke Atas Produk EU Mula Berkuatkuasa Pada Hari Ini!

320

Pentadbiran Amerika Syarikat (A.S) pada awal hari ini menyatakan pada pihak mereka akan mula memungut cukai dan duti bagi barangan seperti bahagian pesawat dan produk lain dari Perancis dan Jerman bermula hari Selasa setelah pertikaian antara A.S dan Kesatuan Eropah gagal diselesaikan setelah 16 tahun lamanya.

Pihak Kastam A.S melaporkan bahawa perkara tersebut akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi waktu ET setelah pertikaian subisidi pesawat tidak mencapai apa-apa titik temu. Notis susulan turut diumumkan oleh pejabat Perwakilan Perdagangan A.S. bahawa Jabatan tersebut akan mengenakan tarif tambahan 15% pada bahagian pesawat, termasuk badan pesawat dan sayap, dan duti 25% pada wain tertentu.

Perbincangan antara Washington dan Brussels untuk merapatkan jurang perbezaan terhenti pada minggu-minggu terakhir pentadbiran Trump. Washington disisi lain juga telah mendesak untuk mencapai penyelesaian terpisah dengan EU.

EU telah tampil memberi ulasan bahawa pihak mereka akan cuba mencari penyelesaian segera dengan Presiden AS., Joe Biden, yang bakal mengambil alih jawatan presiden pada 20 Januari.

Penganalisis berpendapat bahawa pengenaan tarif ini bakal meningkatkan beban pengguna berikutan peningkatan harga dalam barangan yang termaktub tarif tambahan. Selain itu, ia juga dapat memberi impak terhadap ekonomi dengan penularan pandemik yang semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat