Gagal Catat Paras Ketinggian Terbaru, USD/CAD Berundur Semula Di Awal Minggu

271

Peningkatan harga minyak mentah dalam pasaran di awal minggu telah memberi kesan positif terhadap dagangan mata wang dolar Kanada yang sensitif terhadap perubahan nilai emas hitam tersebut.

Justeru, dolar Kanada antara yang berjaya mengambil peluang untuk mengukuh berbanding US dolar yang kehilangan momentum selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Selain itu juga, laporan pekerjaan Kanada yang mencatatkan kehilangan pekerjaan sehingga 200,000 serta kadar pengangguran yang meningkat pada Januari turut memberi kesan negatif terhadap dolar Kanada pada penutup dagangan minggu lalu.

Situasi ini diterjemahkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/CAD di mana perubahan corak harga telah berlaku pada awal minggu ini.

Pada Jumaat, harga telah berjaya melonjak sehingga ke zon rintangan 1.27900 susulan reaksi positif pasaran terhadap US dolar sejurus laporan NFP AS dan Kanada diterbitkan bersama pada sesi New York.

Namun, pada pembukaan pasaran Isnin semalam, harga telah membuat penurunan semula sekitar 100 pips ke zon SBR (support become resistance) 1.26700 yang kini menjadi zon sokongan buat harga dipengaruhi sentimen pasaran minyak mentah.

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS catatkan peningkatan lebih tinggi hari ini dilihat menjadi faktor untuk memberi sokongan terhadap pengukuhan US dolar.

Oleh itu, harga telah paparkan peningkatan semula pada sesi Asia pagi ini walaupun pergerakan harga dilihat bergerak pada kadar yang perlahan.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberikan petunjuk bearish buat harga yang bergerak di bawahnya.

Sekiranya harga meneruskan corak penurunan, dijangka paras 1.26000 akan diuji sebelum harga susut lebih rendah menuju pula zon RBS (resistance become support) 1.25600.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak, zon rintangan 1.27900-1.28000 akan kembali diuji sekali lagi pada minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dijangka akan menuju ke paras ketinggian 1.29000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat