Gagal Kekalkan Kenaikan Awal Minggu, AUD/USD Turun 100 Pips!

159

Mata wang komoditi terkesan setelah kejatuhan indeks-indeks utama di pasaran Wall Streets memberikan isyarat sentimen pasaran yang berisiko.

Situasi ini telah mengukuhkan semula dagangan US dolar sementara dolar Australia gagal untuk mengekalkan pengukuhan di awal minggu.

Setelah pamerkan kenaikan pada sesi Asia semalam selepas minit mesyuarat bank pusat Australia diterbitkan, harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD kembali membuat penurunan pada sesi Eropah sehingga ke sesi New York.

Sebelum harga menyentuh paras tumpuan 0.78300 pada zon resistance itu, harga telah membuat penurunan sekitar 100 pips di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam.

Pelabur mula berwaspada terhadap isyarat awal trend bearish namun masih memantau perkembangan sentimen dan pergerakan US dolar.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga bergerak lemah di sesi Asia namun sedikit menurun berkemungkinan akan menuju semula sehingga zon RBS (resistance become support) 0.76500 jika penurunan diteruskan.

Untuk penurunan lebih rendah, pelabur akan bersedia menilai reaksi harga pada zon support 0.75700-0.75300.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula, zon resistance 0.78300 akan kembali diuji untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Melepasi zon tersebut, harga dilihat akan menuju sehingga ke paras 0.80000 yang telah dicapai pada dagangan Februari lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat