Gagal Kekalkan Lonjakan Selepas FOMC, EUR/USD ‘Tenggelam’ Semula

214

Pergerakan US dolar bercampur pada dagangan Khamis semalam selepas keputusan mesyuarat FOMC diterbitkan menyaksikan Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah ke paras 2.50%.

US dolar bergerak lemah pada sesi Asia semalam, berjaya mengukuh pada sesi Eropah namun kembali susut semula pada sesi New York susulan terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua yang memberi isyarat lebih jelas ke arah kemelesetan selepas penguncupan dua suku berturut-turut.

Namun, Presiden AS Joe Biden dan Pengerusi Fed, Jerome Powell serta individu penting dalam ekonomi masih tenang berpandangan AS masih belum berada dalam situasi kemelesetan.

Meninjau pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih bergerak dalam zon mendatar minggu lalu dengan lonjakan selepas FOMC semalam gagal untuk mengekalkan momentum kenaikan bersambung pada sesi-sesi berikutnya.

Harga yang melonjak dari paras sokongan 1.01000 mencapai ketinggian sekitar 1.02300 sebelum penurunan harga dipamerkan semula di sesi Eropah semalam sehingga ke paras 1.01200.

Namun US dolar yang melemah di sesi New York melantunkan semula harga dan menutup dagangan di sekitar paras 1.01900 di penghujung sesi.

Memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish selepas harga bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, pelabur walau bagaimanapun kekal waspada untuk pergerakan tidak menentu harga di penghujung minggu.

Mata wang Euro juga dilihat gagal untuk tampilkan prestasi yang positif susulan perkembangan krisis tenaga di Eropah walaupun bank pusat Eropah (ECB) telah bertindak menaikkan kadar faedah baru-baru ini.

Untuk jangkaan bagi kenaikan harga pada carta EUR/USD, zon rintangan pada 1.024000 hingga 1.03000 bakal menjadi sasaran diuji sebelum kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan memberi isyarat bullish yang lebih jelas.

Kenaikan lanjut harga bakal mensasarkan sehingga ke paras rintangan pada 1.04000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Sementara jika harga menjunam pula, harga bakal susut di bawah paras 1.01600 dan melepasi sokongan MA50 untuk petunjuk perubahan trend bearish sebelum menguij paras sokongan 1.0100 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Melepasi zon tersebut akan mendorong kejatuhan lebih rendah harga dengan jangkaan untuk mencecah hingga ke zon support 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat