Gagal Lolos Tembok 1.19000, EUR/USD Terjun 100 Pips!

512

Seperti yang dinyatakan dalam analisis sebelum ini, paras 1.19000 menjadi paras rintangan buat harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD melihatkan harga sekali lagi gagal melepasi zon resistance tersebut semalam.

Pasaran menyaksikan US dolar kembali mengukuh pada awal sesi New York semalam dengan pergerakan drastik harga dipaparkan selepas harga bergerak perlahan sejak minggu lalu.

Penganalisis melihat data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) untuk bulan November diterbitkan meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan menjadi faktor mendorong pengukuhan US dolar.

Di samping itu, faktor berbeza yang menyebabkan US dolar meningkat adalah sentimen berisiko dengan laporan kerajaan AS sedang merancang untuk membentuk gabungan untuk menentang China selepas tekanan Beijing ke atas Australia sebelum ini.

Namun, US dolar kembali lemah pada penghujung sesi New York selepas terdapat khabar angin bahawa Joe Biden bakal melantik bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.

Dengan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah yang diterbitkan bercampur-campur turut menekan harga pada carta EUR/USD ke paras lebih rendah semalam.

Harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 100 pips mencecah paras sokongan 1.18000 sebelum harga pantul semula.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak perlahan di bawah paras 1.18500 dengan jangkaan penurunan akan diteruskan pada trend bearish di mana harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan harga akan kembali menguji paras sokongan 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) sebelum penurunan lebih rendah diteruskan.

Namun jika pasaran kembali melihat harga meningkat semula, paras rintangan 1.19000 akan kembali diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga di zon tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat