Gagal Sentuh $30K, BTC Bakal Tempuhi Minggu Sukar Sebab Ini!

258

“Harapnya BTC tabah walaupun perlu lalui pelbagai cabaran.”

Setelah mencecah paras $29,990 pada 30 April 2023, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melihat penurunan semula kepada $27,700 selepas gergasi perbankan JPMorgan dilaporkan memenangi lelongan membeli aset First Republic Bank.

Rentetan itu, harga BTC dalam beberapa hari ini mungkin membuat pergerakan volatile ditambah pula terdapat beberapa mesyuarat penting.

Antaranya adalah data tinjauan PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) semalam yang menunjukkan sedikit peningkatan daripada 46.8 kepada 47.1 mata pada bulan April, tetapi sektor tersebut masih mencatatkan penurunan untuk enam bulan berturut-turut.

Sementara harga BTC turut akan memberi impak selepas mesyuarat Jawatan Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) awal pagi Khamis, di mana Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Umum mengetahui bahawa mesyuarat FOMC adalah sangat penting susulan pasaran kripto ataupun saham mungkin berada dalam keadaan tidak menentu sekiranya Fed bertindak agresif dalam menaikkan kadar faedah.

Walaupun Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan menaikkan kadar faedah 25 mata asas semasa mesyuarat polisi pada 5 Mei 2023, terdapat pakar berpendapat 50 mata asas masih boleh terjadi susulan ECB sekarang sedang bergelut untuk menurunkan inflasi.

Menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat pula, kadar pengangguran diramal meningkat kepada 3.6%, iaitu merekodkan kenaikan sedikit berbanding bulan sebelumnya.

Setakat penulisan ini, harga BTC menjunam sebanyak 2.09% pada paras $28,085 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $542 bilion namun tetap mencatatkan peningkatan 2.54% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat