Gagal Tembus Ke Atas, EUR/USD Menunduk Di Bawah Zon $1.0800

189

Seperti dijangkakan, pergerakan harga perlahan di awal minggu semalam khususnya melibatkan US dolar berikutan pasaran di Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena sambutan Hari Presiden.

Namun, sedikit positif buat US dolar apabila nilainya tidak berterusan susut setelah situasi itu berlaku pada penutup dagangan penghujung minggu lalu.

Pelabur menjangkakan minit mesyuarat FOMC yang bakal memacu pergerakan harga pada minggu ini walaupun impaknya berkemungkinan tidak seagresif ketika mesyuarat yang berlangsung tempoh hari.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan harga dilihat mendatar dengan paras 1.08000 yang berada di zon SBR (support become resistance) tidak berjaya disentuh.

Harga bergerak dalam julat 20 pips di antara 1.07850 dan 1.07650.

Menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa), harga masih bergerak dalam julat tersebut namun menunjukkan penurunan di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang menjadi isyarat awal untuk pergerakan bearish.

Penurunan harga jika berlaku selepas ini akan cuba untuk melepasi paras dicecah pada Jumaat lalu sekitar 1.07300 sebelum menuju ke zon support penting pada 1.07000.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula dan kemudiannya melepasi zon SBR 1.08000, ini akan menjadi isyarat bullish untuk harga teruskan pendakian lebih tinggi.

Kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan mensasarkan menuju ketinggian 1.09000 untuk menguji zon tumpuan tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat