Gagal Tembusi Resistance 1.1900, EUR/USD Menjunam Semula

597

Sentimen risk-on pasaran susulan berita keberkesanan 90% vaksin Covid-19 yang kembali meningkatkan keyakinan pelabur dalam pasaran dilihat gagal memberi tekanan awal terhadap mata wang US dolar yang mempamerkan pengukuhan semula.

Walaupun Joe Biden memenangi pilihan raya, penganalisis berpendapat berkemungkinan tidak akan melihat pelaksanaan rangsangan yang besar jika vaksin diberikan kepada rakyat AS dan hal ini boleh menjadi faktor yang menyokong US dolar daripada mengalami kejatuhan nilai.

US dolar bergerak lemah pada minggu lalu sehingga kekalahan Donald Trump dalam pilihan raya dimuktamadkan pada hujung minggu.

Pada carta harga pasangan EUR/USD, harga telah membuat kenaikan sehingga ke zon resistance 1.19000 dengan kenaikan minggu lalu dicatatkan sekitar 300 pips.

Namun, permulaan dagangan awal minggu ini melihatkan harga menguji resistance 1.19000 sebelum harga menjunam semula ke zon RBS (resistance become support) 1.18000 melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Bergerak mendatar di bawah paras MA50 dan di atas paras 1.18000, pelabur berwaspada menantikan pergerakan harga selanjutnya sama ada kembali membuat kenaikan semula atau meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan di bawah zon 1.18000 dijangka akan menuju paras tumpuan sebelum ini pada 1.17200 sebelum harga menguji pula zon RBS (resistance become support) sekitar 1.16800. Sementara, zon support 1.16100 akan menjadi destinasi untuk penurunan lebih rendah harga.

Namun jika harga kembali melonjak semula, zon resistance 1.19000 akan diuji dan sekiranya harga berjaya tembusi zon tersebut, paras ketinggian 1.20000 akan dilihat destinasi sasaran harga seterusnya.

Data pengeluaran peridustrian di Itali dan Perancis serta sentimen ekonomi tinjauan ZEW Jerman akan menjadi tumpuan di sesi Eropah yang bakal mempengaruhi mata wang Euro dan juga pergerakan EUR/USD.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat