Gagal Tembusi Zon Resistance, USD/CAD Kembali Catat Penurunan Semula

254

Dolar Kanada berjaya mencatatkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat pada dagangan semalam berikutan sentimen positif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China mendorong pemulihan pasaran minyak global.

Sentimen positif rundingan di antara dua negara pengguna minyak terbesar dunia itu telah menyokong kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran sekitar 1%.

Sementara itu, ramalan penurunan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat turut menjadi faktor sokongan terhadap kenaikan harga minyak.

Justeru itu, Loonie berjaya mengukuhkan nilai dagangan ekoran minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD semalam, harga telah menunjukkan penurunan ketara pada sesi New York selepas bergerak mendatar pada sesi sebelumnya.

Penurunan turut didorong oleh bacaan data keyakinan pengguna di Amerika Syarikat yang mencatatkan angka yang lemah untuk bulan November.

Harga yang menguji paras ketinggian pada 1.33160 kemudiannya telah menurun mencecah paras sekitar 1.32700 di zon RBS (resistance become support) sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak perlahan dan menunjukkan sedikit kenaikan yang lemah sementara pasaran menantikan laporan perkembangan terbaru rundingan dagang dan juga data-data ekonomi harian.

Kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan 1.33000 dan menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum kembali meneruskan penurunan semula.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga bakal menguji kembali zon resistance pada ketinggian sekitar 1.33200 untuk terus naik ke paras lebih tinggi.

Namun jika penurunan harga terus berlaku, harga dijangka akan turun menuju paras sekitar 1.32200, menguji zon tumpuan harga tersebut.

Penurunan lebih rendah bakal mencecah paras support pada 1.31900.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat