Gagal Teruskan Lonjakan, GBP/USD Junam Semula 230 Pip!

166

Nilai Pound kembali menyusut semula pada Rabu semalam gagal untuk mempertahankan prestasi cemerlang di awal minggu yang pada mulanya mengukuh berbanding US dolar.

US dolar kembali mendapat rentak pengukuhan semula susulan sentimen pasaran yang dinilai berisiko semula dengan berita lonjakan kes harian Covid-19 terbesar di China sehingga mendorong tambah sekatan pergerakan di daerah Guangzhou.

Tumpuan akan terarah pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam nanti dan data pertumbuhan ekonomi UK pada Jumaat.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang sebelum ini memaparkan corak bullish 3 hari berturut-turut sehingga Selasa kemudiannya telah berubah arah pada Rabu semalam.

Selepas kenaikan mencapai paras ketinggian pada 1.16000 pada Selasa lalu, harga mula menunjukkan penurunan harian semalam sekitar 230 pips.

Harga yang susut di bawah paras 1.15000 turut melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi indikasi perubahan trend bearish.

Penurunan telah mencecah paras sekitar 1.13400 di penghujung sesi New York sebelum ada lantunan perlahan bersambung ke sesi Asia pagi Khamis ini.

Namun, penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan untuk harga menguji pula paras sokongan awal minggu iaitu 1.13000.

Penurunan yang berjaya dilanjutkan seterusnya akan ke paras 1.12000 sebelum zon support 1.11000 akan jadi sasaran berikutnya.

Sebaliknya, jika berlaku lonjakan semula harga, rintangan terhampir dilihat berada pada zon 1.14500-1.15000 sebelum pelabur menilai isyarat perubahan trend semula.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju kembali ke rintangan 1.16000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat