Gara-Gara Ego Trump, GOLD Pamer Aksi ‘Terjun Pandalela’ 450 Pips!

676

Kenyataan balas Presiden Donald Trump pada hari ini kembali menyaksikan tekanan semula terhadap dagangan US dolar yang sebelumnya mengukuh di sesi New York.

Pada mulanya, Trump yang kembali menggalas tugas di White House telah memaklumkan kepada para pegawai perundingan untuk menghentikan perbincangan berkenaan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS dan akan disambung semula selepas pilihan raya berakhir.

Tindakan tersebut telah meningkatkan risiko dalam pasaran membuatkan matawang utama didagangkan susut sementara US dolar sebagai matawang safe-haven mengukuh.

Pasaran saham dan komoditi juga terjejas berikutan pelabur yang beralih ke arah pelaburan yang lebih selamat.

Namun, di sesi Asia, Trump memberikan kenyataan balas semula dengan desakan untuk Senat meluluskan segera bantuan untuk sektor penerbangan dan perniagaan kecil.

Situasi kembali berubah dengan melihatkan US dolar kembali didagangkan susut sementara pasaran saham dan komoditi mula paparkan pemulihan.

Dagangan emas kembali melonjak di sesi Asia selepas menjunam sekitar 450 pips semalam seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD.

Harga menjunam dari paras ketinggian 1920.00 sehingga ke paras 1875.00 sebelum kembali melonjak semula dari zon RBS (resistance become support) tersebut.

Lebih 200 pips kenaikan semula dilihat pada dagangan emas hari ini dengan jangkaan pergerakan tersebut akan berterusan jika US dolar terus melemah.

Paras resistance pada ketinggian yang dicapai semalam akan diuji semula untuk harga mencapai paras ketinggian terbaru 2 minggu melepasi paras tersebut.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras sokongan 1875.00 di zon RBS akan diuji semula untuk harga meneruskan penurunan selanjutnya.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju semula ke zon support 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat