Gara-gara Faktor Ini, Harga Minyak Kembali Susut!

823

Harga minyak kembali jatuh selepas dikejutkan dengan peningkatan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang lebih banyak daripada dijangkakan dan terkesan dengan tawaran Rusia untuk meredakan krisis dalam pasaran minyak.

WTI Amerika Syarikat diniagakan jatuh pada $76.70 setong setelah susut lebih 1% dari paras tertinggi terbaru 7 tahun pada $79.80 setong yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Dagangan minyak mentah Brent pula merosot pada $80.70 setong, selepas meningkat tinggi pada $83 setong pada sesi sebelumnya.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS sebanyak 2.3 juta tong pada minggu lepas, berbanding jangkaan untuk penurunan 418,000 tong.

Sementara itu, kenyataan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mengatakan kesediaan negara itu untuk menstabilkan pasaran tenaga global turut memberi kesan pada dagangan minyak mentah.

Putin juga memberitahu bahawa gas asli akan dieksport ke Eropah tahun ini bagi membantu meredakan krisis tenaga yang sedang dihadapi benua itu.

Masalah kekurangan bekalan telah menyebabkan lonjakan harga gas ke paras ketinggian terbaru, sekali gus memberi tekanan buat Eropah, terutama UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat