Gara-gara Ronaldo, Coca-Cola Rugi $4 Bilion Dalam Masa 30 Minit!

16,378

Jenama minuman terkemuka, Coca-Cola dilaporkan mengalami penyusutan nilai pasarannya selepas bintang bola sepak dunia yang juga pemain Portugal, Cristiano Ronaldo dilihat mengalihkan dua botol air syarikat itu dari meja ketika sidang media pasukan tersebut sempena kejohanan Euro 2020 yang sedang berlangsung.

Menariknya, tindakan Ronaldo itu ‘berjaya’ menyebabkan Coca-Cola kehilangan AS$4 bilion.

Menurut laporan agensi berita Sepanyol, Marca, saham Coca-Cola menyusut sebanyak 1.6% sekali gus menjadikan permodalan pasaran syarikat berkenaan bernilai AS$238 bilion lebih rendah berbanding AS$242 bilion sebelum itu.

Saham Coca-Cola berada pada paras AS$56.10 ketika pasaran saham dibuka pada 3 petang di Eropah semalam.

Namun, 30 minit kemudian setelah selesai sahaja sidang media berkenaan, saham Coca-Cola susut kepada AS$55.22 sesaham.

Coca-Cola serta Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Berdasarkan laporan Mail Online, kedua-dua organisasi berkemungkinan tidak gembira dengan tindakan Ronaldo berikutan beliau telah menunjukkan ‘rasa tidak hormat’ kepada Coca-Cola yang menjadi rakan penaja kejohanan Euro sejak 1988.

Sebelum ini, Ronaldo pernah menegaskan beliau tidak menyukai minuman bergula dan sangat dispilin tentang penjagaan kesihatan, malahan pemain kelab Juventus itu sering memarahi anak lelaki, Cristiano Ronaldo Jr yang gemar makan makanan tidak berkhasiat seperti kentang goreng dan minuman berkarbonat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat