Gara-gara UAE, Mesyuarat OPEC+ Batal!

254

Harga minyak melonjak lebih tinggi pada Selasa, selepas mesyuarat OPEC+ yang ditangguh berulang kali telah dibatalkan tanpa mencapai kesepakatan mengenai pengeluaran minyak akan datang.

OPEC+ menghentikan perbincangan mengenai pengeluaran minyak dan tidak menetapkan tarikh baru untuk meneruskannya, setelah berlaku perselisihan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

UAE pada mulanya bersetuju untuk kenaikan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari dari bulan Ogos hingga Disember, tetapi menolak untuk melanjutkan pengurangan sehingga tahun 2022.

Hal ini telah menyebabkan perbincangan antara negara anggota terpaksa ditangguhkan berulang kali, dan kemuncaknya, pertemuan tersebut dibatalkan selepas permintaan UAE untuk meningkatkan jumlah output asas mereka ditolak.

Keputusan mengenai dasar pengeluaran OPEC+, memerlukan persetujuan sebulat suara daripada negara anggota.

Ini menyebabkan, tahap pengurangan dalam pengeluaran pada bulan Ogos kekal pada tahap semasa, dan ini menyebabkan harga minyak melonjak lebih tinggi ke paras tertinggi sejak Oktober 2018.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat meningkat lebih 2% pada $76.70 setong, manakala minyak mentah Brent menokok pada $77.50 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat