Garis Panduan Cryptocurrency Bakal Dikeluarkan Akhir Tahun Ini – BNM

212

Gabenor Bank Negara Malasyia (BNM), Muhammad Ibrahim berkata, BNM sedang merancang untuk mengeluarkan garis panduan berkenaan matawang crypto (cryptocurrency) hujung tahun ini. Beliau turut menjelaskan matawang digital atau dikenali sebagai crypto ini telah menarik minat banyak bank-bank pusat diseluruh dunia.

Kami berharap pada akhir tahun ini, BNM boleh menghasilkan garis panduan pada matawang crypto, terutamanya yang berkaitan dengan pengubahan wang haram (anti-money laundering) dan pembiayaan pengganas

“Kami ingin pastikan garis panduan ini jelas kepada sesiapa yang ingin menceburi sektor ini”, kata beliau kepada wartawan dalam Persidangan Global Pembangunan Institusi Kewangan di Kuala Lumpur semalam.

Matawang Crypto seperti Bitcoin, adalah aset digital yang digunakan sebagai medium pertukaran melalui cryptography bagi memastikan transaksi yang dijalankan selamat dan dapat mengawal unit tambahan ke dalam matawang. Matawang crypto digunakan meluas di luar institusi perbankan sedia ada, dan pertukaran dilakukan di atas talian.

Walaupun kaedah pertukaran yang tidak berpusat ini masih di peringkat awal pembangunan, namun ia berpotensi untuk mencabar matawang serta sistem pembayaran sedia ada.

Setakat Jun 2017, jumlah pasaran dalam matawang crypto mencecah US$100 billion, dengan jumlah harian melebihi US$6 billion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat