GBP/JPY Kembali Ke Paras 200.00 Selepas Data Pekerjaan UK Diterbitkan

122

Membuka dagangan di awal sesi Eropah petang ini, pelabur disajikan dengan laporan data pekerjaan UK untuk bulan April lalu.

Meneliti laporan, indeks purata pendapatan 3 bulan adalah positif meningkat kepada 5.9% mengatasi ramalan untuk kekal pada 5.7%.

Sementara, kadar pengangguran meningkat naik kepada 4.4% berbanding jangkaan yang tidak berubah di paras 4.3% seperti bacaan bulan Mac sebelumnya.

Manakala, jumlah tuntutan faedah pengangguran pada April pula meningkat mendadak sebanyak 50,400 berbanding bacaan bulan sebelumnya 8,900.

Angka tersebut juga jauh meninggalkan ramalan untuk peningkatan hanya sebanyak 10,200, di mana boleh mencetuskan kebimbangan terhadap sektor buruh di UK.

Mata wang Pound sedikit susut pada pembukaan sesi Eropah selepas data tersebut diterbitkan namun pergerakan tidak begitu ketara.

Jika diperhati pada carta pasangan mata wang GBP/JPY, kenaikan harga yang telah dipaparkan di sesi Asia mula terbantut.

Pada mulanya kenaikan harga dilihat berjaya melepasi paras halangan 200.00 sebelum ini sehingga mencapai paras sekitar 200.400.

Namun selepas data diterbitkan, harga ditekan semula menghampiri paras 200.00 tersebut.

Sekiranya tekanan semakin meningkat, harga boleh susut semula di bawah paras 200.00 sebelum menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.

Jika masih tembus ke bawah, risiko kejatuhan harga boleh dijangkakan sehingga ke zon support minggu lalu sekitar 197.400.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula, zon rintangan pada 200.700 adalah kritikal untuk diuji.

Zon ini yang dicapai harga pada penghujung Mei lalu merupakan rekod tertinggi harga sejak tahun 2008.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat